Selasa, 13 Januari 2009

Wajah2 yang menjadi fobia dikalangan Ibubapa.


Mereka adalah anak-anak kecil yang menjadi mangsa penjenayah yang tidak berperi kemanusiaan. Jenayah ini berlaku kerana bermotifkan wang, dendam dan juga seksual.Mangsa akan didera, dirogol dan diliwat sebelum di bunuh.

Shalini Mohd Nashar(5 tahun). Hilang dari rumahnya Di Taman Medan, PJ. Ketika pulang bersama kakaknya di taman permainan pada 9hb.Jan,2008 pd pukul 11.30 pagi. Kehilangannya masih menjadi misteri kerana tiada sebarang petunjuk.

Nur Fatiha Zaidi(6 tahun)
Diculik oleh seorang lelaki ketika bermain bersendirian pd. 8hb.jan,2008 di perkarangan flat Desa Sepakat Sri Manja, Kg Medan, P Jaya. Bagaimana pun Nur Fatiha selamat ditemui 3jam kemudian setelah penjenayah itu meninggalkan kanak2 itu di perkarangan Wangsa Maju..

Nurin Jazlin Jazimin(8 tahun)
Hilang ketika keluar ke pasar malam seorang diri pada september 2007. Akhirnya setelah hampir sebulan kehilangan, Mayat Nurin di temui dalam sebuah beg sukan. Hasil siasatan mayat kanak-kanak menjadi mangsa pencabulan seks sebelum dibunuh. Pembunuh ini juga belum dapat dikesan.

Muhamad Nazrin atau Yin(4 tahun)
Hilang ketika membeli belah di ibukota pada mac 2007. Bagaimana pun Yin berjaya dikesan dan berada dibawah jagaan pasangan Myanmar selama dua minggu.

Preeshenna Vashiny(9 tahun)
Murid tahun 3 di sekolah Kebangsaan St. Mary, Selayang. Di temui mati didalam longkang di Kondominum Kasamila Tower, Batu Caves. Dipercayai dicampak dari tingkat dua selepas didera, dirogol dan juga diliwat. Penjenayah juga masih tidal dapat dikesan.

Sherwey Ooi Ying Ying(3 tahun)
Hilang pada julai 2007. Kanak-kanak ini dibunuh dan dibakar berhampiran tanah perkuburan China Paya Terubung, George Town. Polis hanya menemui abu mayat yang bertaburan dikawasan berkenaan. Kes ini pun masih dalam siasatan.

Haserawati Saridi(10 Tahun)
Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tebobong, Menggatal Sabah. Dirogol dan dibunuh di kawasan semak lereng bukit, tepi jalan kampung Ratau, Tebobong. Waktu kejadian 8 hingga 9 pagi semasa kanak-kanak ini dalam perjalanan ke sekolah. Ketika mayat di temui masih menggalas beg dan berlumuran darah serta beberapa tikaman.

Nurulhuda Abd.Ghani(10 tahun)
Pada 17 Januari 2004 , Nurul Huda Abdul Ghani telah dirogol, diliwat sebelum dibunuh di pondok pengawal stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor. Mayatnya ditemui berbogel tersandar pada dinding tandas pondok pengawal tersebut dalam keadaan mencangkung.

WAKTU INI DI MANAKAH ANAK-ANAK ANDA





------------------------------SEKADAR RENUNGAN---------------------------

Kata-kata Imam Ghazali
1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia. Yang paling dekat dgn kita adalah MATI . "Sebab itu janji Allah bahawa yang hidup pasti akan mati" ( Surah Ali Imran :185).

2. Apakah yang paling jauh dengan diri kita didunia ini kerana allah . Yang paling jauh dari kita jauh adalah MASA LALU. Walau dengan apa sekalipun kita tak akan dapat kembali kemasa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, esok dan hari-hari mendatang dengan perbuatan yang bersesuaian dengan Agama.

3. Apa yang paling besar didunia ini. Yang paling besar didunia ini adalah HAWA NAFSU. "Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu membawa kita ke Neraka." (Surah Al A'raf: 179)

4. Apakah yang paling berat didunia. Yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. "Tumbuh-tumbuhan,binatang, gunung ganang dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi ( khalifah)pemimpin didunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut- rebut menyanggupinya dan sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah kerana allah swt " (Surah Al -Azab :72).

5. Apakah yang paling ringan didunia . Yang paling ringan didunia adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia kita bukan kerana Allah swt ,kita dengan mudah meninggalkan solat. 6. Apakah yang paling tajam didunia. Yang paling tajam didunia adalah LIDAH . Kerana dengan lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan manusia lainnya dan saudaranya sendiri.Maka banyak2lah istifar semoga kita tidak sia2kan lidah yang Allah swt berikan kepada kita ini .

RENUNG - RENUNGKAN LAH WAHAI RAKAN KU yang di kasihi SEKELIAN...(KLIK)

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial