Jumaat, 30 Januari 2009

Saat Menilai Cinta

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang di lalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa kearah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melalukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tingi dalam hal hal yang melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip tip yang di senaraikan di bawah:
1- Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci maupun di tinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan dibiarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal hal posotif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ketahun. Ibarat hubungan yang baru di jalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2- Temui ramai orang
Bekerja dibawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan melakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri dikalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatang kan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga anda. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan janganlah sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekuranganya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidiki dulu kelebihan yang ada pada diriya.

6- Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan.Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan ‘tidak’
sumber : koleksi cinta

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial