Selasa, 13 Januari 2009

Akademi Fantasia 7 Kembali Menemui Anda

Akademi Fantasia kini membuka lembaran baru bagi tahun 2009 dengan meneruskan misi bagi pencarian juara baru untuk musim ketujuh, melalui saluran Astro Ria.

Akademi Fantasia yang masuk musim ketujuh ini memberikan kejutan apabila buat pertama kalinya membuka peluang kepada bukan hanya warganegara Malaysia tetapi juga Singapura

Di Singapura Akademi Fantasia boleh ditonton melalui mio TV, milik Singtel. Ia membuka peluang kepada Astro Ria terutamanya Akademi Fantasia untuk meraih sokongan yang meluas dari seluruh warganegara Singapura.

Uji bakat akan diadakan di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur (17-18 Januari), The Zon Regency Hotel, Johor Bahru (24-25 Januari), Borneo South Atrium, Kota Kinabalu (30-31 Januari dan 1 Februari), Enter K Entertainment, Crown Tower, Kuching pada 31 Jan dan 1 Feb dan seterusnya sekali lagi diKompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 7 dan 8 Februari.

Kaunter pendaftaran dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar berukuran 4R.

Menyanyi secara acapella, lagu-lagu pilihan untuk wanita ialah No One (Alicia Keys), Kalis Rindu (Elyana),Dikir Puteri (Noraniza Idris), Karma (Cokelat), Tari Silat Melayu (Aishah).
Lagu peserta lelaki pula Angan dan Sedar (Mawi), You Raise Me Up (Josh Groban), Ketelusan Hati (Anuar Zain),Hanya Engkau Yang Mampu (Aizat) dan Ada (M.Nasir).

Siapa pula akan jadi juara selepas Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila dan Stacy?
(sumber: mangga on line)

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial