Rabu, 14 Januari 2009

Finalis Anugerah Juara Lagu Ke 23, tahun 2008

PELBAGAI persiapan dilakukan penyanyi yang bakal membawakan lagu di Anugerah Juara Lagu kali ke-23 (AJL23), pada 18 Januari ini, di Stadium Putra, Bukit Jalil, jam 9 malam.

Kepada mereka yang tidak menaruh harapan besar bagi menjuarai kategori juara keseluruhan (hadiah wang tunai RM25,000 dan trofi) atau juara kategori etnik kreatif, pop atau balada (wang tunai RM12,000), mereka mengharapkan mampu merebut anugerah khas iaitu persembahan terbaik dan vokal terbaik yang menyediakan wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Sudah tentu pada malam AJL23 itu nanti, perhatian tertumpu kepada dua penyanyi popular iaitu juara Akademi Fantasia Musim Kedua (AF2), Ahmad Zahid Baharudin atau Zahid menggantikan Mawi dengan lagu Doa Dalam Lagu bersama Heliza dan Ziana Zain yang lagu Dingin dipilih pada saat akhir.

Finalis Kategori Etnik Kreatif
-Doa Dalam Lagu (Mawi & Heliza)
-Persoalan Cinta (Farawahida).
-Dusta Berkalang (Aiman)

Finalis Kategori Pop Rock
-Kalis Rindu (Elyana)
-Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)
-Yang Pernah (Estranged)
-Aku Stacy (Stacy)
-Bukan Di Sini (Sofaz)

Finalis Kategori Balada
-Bila Nak Saksi (Spider)
-Dingin (Ziana Zain)
-Lagu Kita (Aizat)
-Cuba (Faizal Tahir)
-Sampai Syurga (Faizal Tahir)
-Hanya Di Mercu (Ayu)




---------------------SENYUM KAMBING-------------------

Pada tengah hari buta yang terik, seorang posmen menghantar surat.
"Assalamualaikum" posmen itu memberi salam.
"Waalaikumussalam" jawab tuan rumah, seorang lelaki tua.

Posmen : Ni rumah En. Kardi bin Hitam ke?(soalnya sambil mengesat peluh dimuka)
Tuan Rumah : Ya saya.
Posmen : Fuh pening saya cari rumah Pak Cik ni jalan berbelit-belit...
Tuan Rumah : La! buat susah jer Encik ni. Apasal tak poskan saja surat nih.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial