Khamis, 8 Januari 2009

Kesan Harga Minyak Dunia.

Setelah perit dengan kenaikan harga minyak sekarang ramai yang menarik nafas lega kerana kejatuhan harga minyak dunia. Tapi ada yang pihak yang teramat tidak selesa,akibat kejatuhan harga minyak menyebabkan merundumnya harga komoditi bahan mentah iaitu kelapa sawit dan getah asli.

Secara purata zaman dulu harga getah jarang melepasi RM 1.50 sekilogram, terpaksa menoreh 7 atau 8 pokok itu pun kalau pokok byk. susu. Kalau pokok tua terpaksa di toreh huruf Y atau W yang memakan masa 2 atau 3 minit sepokok.


Kehidupan penoreh getah era dulu hidup spt ayam, kais pagi makan pagi, senangnya x seberapa. Kalau ada keluarga jauh datang kalutlah pergi menjual getah yg ada, maklumlah beras tak pernah penuh tempayan. Tak sanggup nak bagi tetamu makan ikan kering hapak.

Oleh kerana titik peluh yang dicurahkan tidak berbaloi ramai anak muda rela hidup di bandar walaupun dengan gaji yang sedikit kerana tidak mahu mendapat status penoreh getah yang berperang dengan nyamuk, pacat , bau busuk yang kekadang tersembam ketanah krn tersepak akar getah.

Ada yang tebang pokok getah dan kayunya dijual. Tanah itu di bersihkan dan di tanam pokok buah-buahan, masa tu harga buah tinggi seperti dokong, durian dan sbgnya, kerana x sanggup menoreh.

Dua tiga tahun lalu harga getah tiba2 berubah melonjak sedikit demi sedikit. Sehingga keparas RM 5.00 sekilogram. Dalam seekar penoreh getah mendapat hasil l/kurang RM50.00. Kalau 4 ekar hasilnya RM 200.00 untuk sehari.

Penoreh getah sekarang dah senang ada yang membeli cash sebuah kereta proton second.Nak makan kat restoran pun dah x malu. Jalan pun dah x macam dulu. Lenggang orang kaya baru. Setiap hari diciumnya pokok getah itu. Sanggup keluar menoreh dinihari lagi.

Ramai la kakitangan kerajaan yang sanggup menoreh getah sebelum pergi kerja pejabat.Maklum la dalam sejam jer dah dpt RM 40 atau 50.00. Pergi pejabat dengan melekat lagi getah kat muka. Dan tangan yang berbau busuk. Tak per duit tu.

Tanah yang sebelum ni di tanam padi dah di tukar ke pokok getah. Macammana lah pulak dusun buahan, sekarang ni buah durian, dokong dan lain2..semuanya jatuh harga. Tunggu tebang jer…..ha ha gila pokok getah. Kutip buah getah dalam seguni pun dapat RM 15.00 ringgit.
……………………………………….

Tapi bermula raya puasa tahun lepas harga getah mula merosot akibat kejatuhan harga minyak dunia. Sedikit demi sedikit sehingga keparas bawah RM 1.00. Bagaimana nasib penoreh getah? Nak tebang pokok getah lagi ker. Nak tanam pokok tembakau kerajaan x galakkan………..


------------------------TAHUKAN ANDA-----------------------------

-Pepatung terbang melayang di permukaan air, kemudian hinggap pada sekuntum bunga. Cukup cantik pemandangan itu. Tapi tahukah anda sebenarnya hayat pepatung lebih lama berada dalam air berbanding didaratan.
Kepompongnya berada air selama beberapa tahun. Bentuknya umpama seekor serangga yang tidak bersayap. Bila dewasa dan bersayap akan muncul kepermukaan air. Bila didaratan ia akan mati dalan beberapa minggu.

-Harimau hidup di benua asia. Manakala singa singa di benua afrika. Bagaimana pun terdapat juga singa di hutanbarat daya India, menjadikan negara itu satu-satunya mempunyai kedua-dua ekor haiwan itu.

-Burung merak mengembangkan ekor sayapnya yang cantik itu untuk menarik perhatian burung merak betina supaya mengawan dengannya.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial