Jumaat, 30 Januari 2009

Fakta-fakta mengenai Chikungunya

Pengenalan
Penyakit Chikungunya (sebutan chick-en-GUN-yah) adalah satu penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus (alphavirus) yang disebarkan melalui gigitan nyamuk dari spesies Aedes aegypti.

Virus ini berkembang bijak dalam tubuh manusia dan menyerang semua peringkat umur baik kanak-kanak mahupun dewasa.

Penyakit ini tidak menyebabkan kematian. Walaubagaimanapun sehingga sekarang belum lagi ada ubat khusus untuk merawatnya. Oleh itu cara yang paling sekali untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk Aedes yang menjadi pembawa penyakit ini.


Tanda-tanda penyakit Chikungunya

#Pesakit akan mengalami demam tinggi selama 5 hari. Pada kanak-kanak dimulai dengan demam mendadak diikuti dengan kulit kemerah-merahan (ruam merah) selama 3-5 hari. Mata biasanya menjadi merah disertai tanda-tanda selsema.

# Pada kanak-kanak yang lebih besar demam akan diikuti dengan rasa sakit pada otot dan sendi serta terjadi pembesaran kelenjar.

# Pada orang dewasa gejala sengal sendi dan otot sangat ketara hingga menimbulkan kelumpuhan sementara kerana rasa sakit bila berjalan. Kadang kala timbul rasa mual sehingga muntah.

# Pada umumnya demam pada kanak-kanak banyak berlaku selama 3 hari tanpa pendarahan.

Cara Pencegahan

Satu-satu cara menghindari penyakit ini adalah membasmi nyamuk pembawa virus iaitu nyamuk aedes. Nyamuk ini membiak didalam takungan yang mengandungi air jernih dan biasanya berada didalam rumah dan di sekeliling luar rumah.

Elakkan dari gigitan nyamuk seperti :
Memakai pakaian menutup anggota, Menggunakan ubat "mosquito repellant"(jenis krim/pelekat), Tutup tingkap menjelang malam, Gunakan kelambu dan sebagainya.


Perbezaan antara Demam Denggi dan penyakit Chikungunya

Chikungunya tidak ada pendarahan yang hebat, renjatan mahu pun kematian. Dengan rehat yang secukupnya serta rawatan asimptomatik, penyakit ini akan sembuh sendiri dalam masa 7 hari.
LAGI INFO CHIKUNGUNYA (Klik)

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial