Selasa, 6 Januari 2009

MINAH LETER


Ramai yang tahu maksud perkataan Minah Leter ni iaitu wanita yang suka berleter,apabila ada sesuatu perkara yang dirasakan tidak betul bagi nya.

Tapi disini Minah Leter yang di maksudkan seorang penulis dalam majalah GILA-GILA.Sebuah majalah kartun Malaysia yang cukup popular dan masih lagi bertahan sehingga kini.

Di Majalah Gila-Gila tu dikhaskan satu ruangan untuk Minah Leter ni melabuhkan penanya, berleter apa yang sepatutnya dileterkan.

Fokas Minah Leter dalam majalah itu ialah menghentam kaum lelaki, yang selalu memperdaya, menindas dan menjatuhkan martabat kaum wanita. Itu adalah realiti, suatu fenomena yang benar-benar berlaku di zaman sekarang.

Minah Leter menghentam habis-habisan dalam ruangan yang disediakan itu, dari dulu hingga sekarang tanpa rasa jemu dan muak.


...............................................................................................................

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial