19JAN berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi
Meet Uncle Hussein - Lagu Untukmu Juarai AJL
Meet Uncle Hussein tersenyum gembira di samping trofi kemenangan Lagu Untukmu yang meraih Juara AJL23 dan kategori Pop Rock.
Persembahan 14 finalis AJL23 diadili oleh juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu komposer dan penulis lirik Hazami, pemuzik Acis, penyanyi Adibah Noor, komposer Helen Yap, editor hiburan Saharudin Mustafa, Mohariz Yaakub, Dr. Wan Zawawi dan Azmeer selaku ketua juri.
Pertandingan yang bertemakan Iluminasi Muzik ini dihoskan oleh gandingan tiga pengacara hebat iaitu Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar.
Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor M. Nasir, Jamal Abdillah, Jaclyn Victor, Wada, Hafiz dan Haqiem dalam persembahan ‘interlude’ selain One Nation Emcees sebagai persembahan pembukaan dengan
iringan muzik orkestra bimbingan pemuzik hebat Ramli MS.
AJL23 yang disiarkan oleh TV3 dan stesen radio Hot FM ini turut dihadiri oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi Eksekutif Media Prima Berhad, Datuk Abd. Mutalib Datuk Seri Mohammed Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, dan Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Amrin Awaluddin.
Faizal Tahir berjaya membawa pulang hadiah bagi kategori Balada, Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik yang keseluruhannya berjumlah RM32,000 menerusi lagu Sampai Syurga.
Farawahida berjaya menjuarai kategori Etnik Kreatif menerusi lagu Persoalan Cinta.
Tiga pengacara hebat iaitu Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar.
-KLIP VIDEO KEPUTUSAN AJL 23 1 (KLIK)
-KLIP VIDEO KEPUTUSAN AJL 23 2 (KLIK)
-KLIP VIDEO MEET UNCLE HUSSAIN: LAGU UNTUKMU. (KLIK)
-KLIP VIDEO FAIZAL TAHIR: CUBA (KLIK)
-KLIP VIDEO FARAWAHIDA: PERSOALAN CINTA. (KLIK)
0 ulasan:
Catat Ulasan