WASHINGTON 20 Jan. – Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), sekali gus mencatat sejarah sebagai presiden berkulit hitam pertama dalam sejarah AS disaksikan oleh ratusan ribu orang di bangunan Capitol di sini pukul 1.07 pagi waktu Malaysia.
‘‘Saya, Barack Hussein Obama, bersumpah bahawa saya akan melaksanakan tugas sebagai Presiden Amerika Syarikat secara jujur dan yang terbaik, melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Amerika Syarikat, dengan nama Tuhan,’’ kata Obama, disambut sorakan orang ramai.
Beliau melafazkan ikrar di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi, John Roberts sambil meletakkan tangan kirinya di atas Kitab Bible yang dipegang oleh isterinya, Michelle. Berada di sisi ialah dua anaknya, Sasha, 7, dan Malia, 10.
Disaksikan oleh Presiden George W. Bush, yang menempuh lapan tahun yang bergolak di White House, upacara mengangkat sumpah Obama diadakan di hadapan orang ramai yang mengibar bendera yang dianggarkan berjumlah sejuta orang di dataran Washington.
Jutaan lagi di seluruh dunia juga menonton Obama yang bapanya merupakan lelaki berkulit hitam dari Kenya dan ibu berkulit putih dari AS.
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA ONLINE(klik)
BARACK Obama melafazkan ikrar di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi, John Roberts sambil meletakkan tangan kirinya di atas Kitab Bible yang dipegang oleh isterinya, Michelle. Berada di sisi ialah dua anaknya, Malia, 10 dan Shasha, 7.
Kalau dulu bekas Presiden George W. Bush di gelar Presiden PERANG, adakah Barack Obama akan di gelar Presiden KEAMANAN. ?
MAHUKAN EMBED GAMBAR PRESIDENT OBAMA?(klik)
Rabu, 21 Januari 2009
Obama Presiden Amerika ke-44
Label:
Luar negara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan