Sabtu, 17 Januari 2009

ISRAEL ATAU YAHUDI LAKNATULLAH

Antara gambar kekejaman rejim Zionis.



APA YANG MAMPU KITA BUAT:
- Berdoa dan solat hajat.
-Memboikot produk Israel dan penyokongnya.
-Menderma :
1) Harian on line(klik)

2)Utusan on line(klik)

"ya Allah hentikanlah kekejaman di Bumi Palestin"


-------------------------RENUNGAN BERSAMA--------------------------

10 SEBAB DOA TIDAK DIMAKBULKAN
Dari kitab Hadith 40 karangan Imam Nawawi.
Antara Intipati dalam hadith ke10, ialah berkaitan doa. Petikan :
Ketika Ibrahim bin Adham berada di tengah2 pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai dan ada yang bertanya,
Mengapa Doa nereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kepadanya? Beliau menjawab kerana hati buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu:

1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan Haq-Nya
2. Kamu sangka kamu cintakan Nabi s.a.w tetapi kamu tinggalkan sunnahnya
3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya
4. Kamu telah makan ni'mat2 Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya
5. Kamu berkata syaitan musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya
6. Kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya
7. Kamu berkata neraka itu benar tapi kamu tidak lari darinya
8. Kamu berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan keaiban manusia hingga terlupa keaiban sendiri
10. Kamu kebumikan mayat2 manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial