Jumaat adalah penghulu segala hari dan mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Mereka yang meninggal dunia pada Jumaat akan mendapat kelebihan hari ini. Sabda Rasululah SAW: “Tiadalah seorang Islam yang meninggal dunia di hari atau malam Jumaat melainkan Allah memeliharanya daripada fitnah kubur.” (hadis marfuk riwayat At Tarmizi)
Hadis sekadar menjelaskan kelebihan Jumaat di mana fitnah kubur akan dipelihara. Namun demikian, ia bukan dalil dan tiada nas menyatakan mereka akan terlepas azab kubur.
Manusia akan diazab berdasarkan amalannya dan bukan hari dia meninggal. Jika begitu, semua orang akan minta mati pada Jumaat kerana akan terlepas azab. Manusia pula tidak dapat memilih hari apa dia akan mati, sebaliknya ia ketentuan Allah, tentu tidak adil bagi mereka yang mati pada hari selain Jumaat.
(sumber: HarianMetro)
Jumaat, 16 Januari 2009
Kematian Dihari Jumaat
Label:
Agama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan