HARI ini kita memasuki tahun baru 2009, iaitu tahun yang dijangka penuh cabaran berikutan ekonomi dunia yang muram
Rakyat Malaysia melangkah gerbang 2009 hari ini dengan perasaan bimbang yang berbaur dengan harapan. Mereka bimbang jika krisis ekonomi global yang melanda dunia sekarang akan lebih meruncing dan meninggalkan kesan yang sukar dikawal terhadap ekonomi negara.
Perlulah berjimat cermat bagi menghadapi krisis ekonomi global yang menurut laporan Bank Dunia, kadar pertumbuhan yang lembab dan kurangnya jumlah eksport untuk negara-negara membangun pada 2009.Rakyat Malaysia seharusnya tidak mengamalkan tabiat yang buruk semasa krisis ekonomi dan perlu mencari alternatif untuk meningkatkan produktiviti.
Setiap orang sudah dapat membayangkan pendapatan yang merosot dan membawa bersamanya kehidupan lebih tertekan dan membebankan. Ada juga yang risaukan kehilangan pekerjaan atau punca rezeki yang selama ini menjadi tempat isteri, anak atau keluarga bergantung harapan untuk menyara makan minum, biaya pendidikan dan lain-lain keperluan harian.
Sebahagian besar harapan rakyat Malaysia bersandarkan kepada kerajaan untuk menstabilkan keadaan dan menyelamatkan negara daripada kemelesetan.
Apa yang perlu,rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama supaya bekerjasama bagi menghadapi krisis ekonomi global yang dijangka memberi kesan terhadap negara terutama dari segi keselamatan, pekerjaan dan sebagainya.
----------------------------RENUNGAN-----------------------------
Suatu hari Sayidina Ali bin Abu Talib menyerang seorang Yahudi yang selalu menghina-hina agama Islam. Pemuda Yahudi itu diserang habis-habisan sehingga dia rebah ketanah, tidak berjaya menangkis libasan pedang dan pukulan demi pukulan yang dilepaskan oleh panglima Islam itu.
Kini peluang terbuka luas. Sayidina Ali tinggal hanya untuk menusuk pedangnya saja keperut pemuda Yahudi itu, maka akan tamatlah pemuda Yahudi tersebut.
"puiiihhhhhh!" pemuda Yahudi yang sedang terkapar-kapar itu tiba-tiba meludah tepat kemuka Sayidina Ali.
Daripada hendak menikam pemuda Yahudi itu, Sayidina Ali membatalkannya. Dia merenung pemuda tersebut menyebabkan pemuda Yahudi itu kehairanan.
" Tadi engkau beria-ia mahu membunuhku dan aku tahu aku pasti akan mati ditanganmu. Aku meludah kemukamu kerana aku tidak tahu cara apa lagi untuk menyelamatkan diri.Patutnya engkau lebih marah, tapi kenapa kau berdiam diri? "
Jawab Ali " Memang la tadi aku hendak membunuh mu kerana menghina-hina Allah. Aku lakukan kerana Allah. Tapi bila engkau meludah mukaku, andainya aku membunuh mu bukan kerana Allah lagi, tapi kerana marah?
Khamis, 1 Januari 2009
Selamat Tahun Baru 2009
Label:
Untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan