Khamis, 8 Januari 2009

Menghormati Azan

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud : 'Hendaklah Kamu
mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan
lidahnya ketika maut menghampirinya.
' Ini jelas menunjukkan,
Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa
pun semasa azan Berkumandang. Sebagai orang beragama
Islam Kita wajib Menghormati azan - Banyak fadhilatnya.

Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas
sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan
lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah Kita
semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'

Sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah 'Lailahaillallah..' ini ketika
myawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga
untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan
dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa
kita sedang dicabut.

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah
'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami..
Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'
SUMBANGAN(klik)

-----------------untuk renungan bersama------------------

Suatu hari Yazid mengunjungi Khalifah Hisyam bin Abdul Malik. Hari itu Ibnu Yazid memakai songkok yang sangat cantik. Melihat songkok itu Khalifah Hisyam pun bertanya, " Berapakah harga songkok yang engkau pakai ini?"
Jawab Ibnu Yazid, " Seribu dinar tuan."
Khalifah Hisyam terkejut, "Seribu dinar? mahalnya!"
Balas Ibnu Yazid, "Wasalam Amirul Mukminin, saya membeli songkok ini untuk memuliakan jari-jemariku ini. Tapi engkau membeli abdi perempuan dengan harga seribu dinar untuk mengotori jari-jemarimu."
Khalifah Hisyam terdiam mendengar kata-kata Ibnu Yazid itu.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial