Pada 26 januari 2009,ketika masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina berlaku Gerhana Matahari Anulus, akan berlaku selama 3 jam 46 minit. Bermula dari lautan India ke sebelah Barat Indonesia. Ini berlaku apabila bulan merentasi di hadapan matahari tetapi tidak menutup sepenuhnya. Matahari, akan kelihatan seperti cincin.
Di Malaysia matahari terlindung oleh bulan mencapai 82.6%. Kita berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa dari jam 4.30 petang hingga 7 petang sebelun matahari terbenam.
Marilah kita sama-sama menghayati dan menginsafi kebesaran Allah s.w.t dalam mengatur alam ini. Allah s.w.t itu Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana dalam mengatur dan menguruskan langit dan bumi dan segala isinya.
Marilah sama-sama kita mengerjakan solat sunat gerhana matahari pada 26 Januari 2009 (Isnin).
Jumaat, 23 Januari 2009
GERHANA MATAHARI SEPARA DI MALAYSIA
Label:
Info
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan