Ahad, 4 Januari 2009

Kemalangan di tahun baru


KUALA LUMPUR(1 jan): Kegembiraan tiga sahabat menyambut tahun baru bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut setelah kereta yang mereka naiki terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Tun Razak pada awal pagi.

GUA MUSANG(2 jan) -Di Kilometer 21, Jalan Kuala Krai-Gua Musang(Bukit Sejuk). Kemalangan ngeri membabitkan tiga buah kenderaan yang meragut 10 nyawa termasuk dua kanak-kanak.
Seorang lagi kanak-kanak berusia setahun pula cedera parah dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu.
Tiga buah kenderaan yang terbabit ialah Perodua Kancil, Perodua Kenari dan pacuan empat roda Nissan Murano.


KUALA LUMPUR 3 Jan. — Empat rakan maut apabila kereta Proton Saga yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Salak Selatan menghala ke Cheras.

Berbagai saranan dan langkah pencegahan yang di buat oleh kerajaan, namun tetap berlaku kemalangan. Jalanraya adalah pentas maut, selagi sikap pengguna tidak berubah.


------------------------HUMOR----------------------------

Dua orang lelaki berumur sedang di temuduga oleh pegawai jpj untuk mendapatkan lesen memandu keretamotor.
Pegawai jpj itu bertanyakan pada salah seorang lelaki itu “ apakah yang harus kamu buat bila lampu hijau menyala”
Lelaki itu menjawab “ jalan la encik”
Tapi kawan lelaki itu menyampuk “ betul tu encik, buka pintu kereta dan berjalan kaki”

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial