Didalam bulan ramadan yang mulia ini Allah SWT menghadiahkan kepada hamba-hambanya satu malam yang sangat berkat iaitu Lailatul Qadar. Di ambil dari kalimah al-Qadar yang bererti kemuliaan atau kedudukan yang tinggi, kerana malam ini adalah malam yang sangat mulia.
Atau di ambil daripada kalimah qadar atau taqdir, kerana pada malam ini Allah SWT memutuskan urusan-nya dan menetapkan taqdir segala perkara.
Firman Allah yang bermaksud "sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran pada malam LailatulQadar.Dan tahukah kamu apakah malam LailatulQadar itu? Malam LailatulQadar itu lebih balik drp seribu bulan.Pada malam itu malaikat Jibrail akan turun dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan.Pd malam itu penuh dengan kesejahteraan sehinggalah terbit fajar" Surah al-Qadar 1-5.
Sabda rasulullah SAW "Sesiapa yang bangun beribadat pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan ihtisab maka baginya keampunan untuk dosa-dosa yang lepas" Hadith riwayat Ak Bukhari dan Muslim.
Beberapa kelebihan tentang LailatulQadar yang diambil dari Surah al-Qadar:
-Allah menurunkan al-Quran pada malam tersebut yang mana ia memberi petunjuk pada manusia dan memberi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
-Ia lebih baik daripada 1000 bulan(83 tahun 3 bulan).
-Para malaikat akan turun kedunia pada malamnya dengan membawa kebaikan, keberkatan dan rahmat.
-Malam ini adalah malam kesejahteraan sehingga terbitnya fajar. Iaitu kesejahteraan dari neraka dan azab Tuhan bagi hamba yang menghidupkan dengan amal ibadah.
Rugilah orang yang mensiasiakan umurnya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Tampunglah segera kelalaian yang lalu dengan mencari malam Lailatulqadar. Sesungguhnya ia menyamai umur manusia bahkan ia lebih dari itu.Apakah tempoh 83 tahun 3 bulan, sesuatu yang singkat?
Isnin, 31 Ogos 2009
Malam Lailatul Qadar
Label:
Agama,
Untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan