Perbezaan pendapat atau pertikaman lidah adalah perkara biasa
dalam sesuatu perhubungan. Malah umum mengetahui bahawa
perhubungan tanpa sebarang pertelingkahan biasanya sukar
untuk bertahan dan putus di tengah jalan.
Mengapa pertengkaran penting?
Ini kerana, bertengkar dapat memberi kita peluang untuk
melihat pilihan sedia ada dalam apa jua situasi. Kita selalunya
dikaburi dengan pendapat sendiri sehingga gagal melihat
pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara.
Jadi, bagaimana sebenarnya boleh pertengkaran dibentuk untuk
menghasilkan keputusan yang lebih positif? Hanya ada satu
perkara yang boleh dilakukan.
Peraturan utama pertengkaran adalah persediaan
Sediakan peraturan sebelum memulakan apa-apa. Ingatkah anda
sewaktu cinta mampu mengatasi segala-galanya? Ketika si dia
lewat dua jam untuk temujanji dan anda masih mampu
tersenyum apabila dia tiba. Cuba duduk dan bincang dengan
pasangan mengenai peraturan-peraturan kecil pada ketika itu.
Bincangkan hal ini - "Dalam sesuatu isu (pertengkaran),
bagaimana anda dan pasangan menyelesaikannya?"
Berikut adalah beberapa cadangan yang kedua-dua anda boleh
mencapai kata sepakat dalam perbincangan ini.
Bertengkar hanya apabila pertengkaran itu boleh membantu
anda berdua menjadi orang yang lebih baik.
Tidak ada sebab untuk bergaduh mengenai siapa yang patut sms
dulu untuk bertanyakan khabar atau mengucap selamat malam..
Seseorang masih perlu melakukannya, jika tidak, perhubungan
akan menjadi hambar dan tiada komunikasi. Jika kedua-duanya
masih lagi tersangkut dalam pertengkaran yang tiada
penghujungnya itu, salah seorang patut mengingatkan pasangan
lain bahawa ia memang tidak berbaloi langsung.
Jangan sesekali serang ego
Tidak ada lelaki yang sabar dipanggil pengecut, sama seperti
wanita tidak suka dilayani seperti hamba! Perjelaskan kepada
pasangan sempadan itu dan pastikan dia faham.
Seperti contoh, wanita tidak suka dimarahi lelaki di khalayak
ramai, jadi si lelaki perlu tahu hal ini dan walaupun tidak suka,
dia perlu menangani isu tersebut secara peribadi.
Juga, jangan panggil pasangan dengan nama-nama hina atau
mengeji.
Hanya seorang bercakap pada satu masa.
Pertengkaran tidak akan menjadi positif apabila ia menjadi
'persembahan duet' oleh anda dan pasangan. Ini apabila keduaduanya
menjerit ke arah satu sama lain pada masa yang sama.
Bagaimana hendak kenal pasti masalah jika tidak ada yang
mendengar? Tapi jangan pula kedua-duanya membisu.
Tentukan pemenang dan yang tewas
Pastinya pertengkaran itu menjadi sempurna apabila hasilnya
adalah situasi menang-menang. Tetapi, ada kes di mana
keputusannya berat sebelah.
keputusannya berat sebelah.
Sediakan peraturan bagaimana untuk menjadi pemenang atau
sebaliknya. Seperti contoh, pemenang harus menghormati pihak
yang tewas.
Bersetuju mengguna orang ketiga
Hanya apabila pertengkaran sukar diselesaikan dan kedua-dua
pihak tidak bersedia untuk berkompromi. Orang ketiga perlu
'ditugaskan' terlebih dahulu seperti kawan baik atau ahli
keluarga terdekat.
Orang ketiga akan membantu pasangan itu mencapai kata
sepakat. Dia juga mempunyai kuasa untuk membuat keputusan
berdasarkan perbalahan itu dan pasangan berkenaan harus
menerimanya walau apa pun.
Bagaimanapun tindakan ini tidak digalakkan kerana boleh
menjejaskan kehidupan peribadi pasangan dan orang ketiga
terbabit.
Mana-mana pihak boleh meninggalkan pertengkaran pada
bila-bila masa (tempoh bertenang).
Adalah normal berlaku tahap kemarahan akan membuak-buak
ketika bertengkar terutama apabila menyentuh hal peribadi.
Pasangan perlu bersepakat terlebih dahulu bahawa salah seorang
boleh meminta dibiar bersendirian untuk satu tempoh sebagai
waktu bertenang.
Perkara ini boleh membantu terutama apabila ketika marah,
pertimbangan akan dikaburi emosi dan kita tidak dapat melihat
dengan jelas pilihan yang lebih baik.
Ini sebenarnya peraturan yang paling sukar kerana kemarahan
memerlukan seluruh kekuatan yang ada hanya untuk
mengawalnya.
Berlatih bertengkar
Walaupun kedengaran pelik, tapi apa salahnya. Atur beberapa
masa untuk berlatih mengendalikan pertengkaran. Cuba
gunakan permohonan tempoh bertenang, atau pihak ketiga atau
tidak menyerang ego.
Ia boleh menyentuh apa jua isu, ingat, tujuannya adalah untuk
berlatih peraturan-peraturan penting di atas sebelum anda dan
pasangan benar-benar bersedia untuk bertengkar.
Khamis, 6 Ogos 2009
Bergaduh Dalam Percintaan
Label:
Cinta,
Panduan hidup,
Untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan