7 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi GRO di Kelab Nilam
Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh
Tinggal lagi enam.
"Ya Tuhan ! Kenapalah mereka buat begini dengan anak aku! Dia seorang anak yang baik. Kuat kerja. Tiap bulan kirim duit ke rumah �bantu ibu bapa. Bantu adik-beradik sekolah! Sekarang siapa lagi yang akan bantu kami!"
"Dunia sekarang memang kejam, puan � anak yang begitu baik pun boleh dikerjakan sampai begitu. Berapa sebulan dia kirim duit kepada puan?"
"Selalunya lima ratus sebulan. Kalau dekat raya, dia kirim sampai seribu. Katanya untuk beli kain baju raya adik-adik �."
"Dia kerja apa di KL, tu?"
"Katanya pegawai eksekutif syarikat .�"
"Syarikat apa, puan?"
"Kalau tak silap syarikat import eksport � katanya pangsapuri tempat dia tinggal tu bosnya yang bayar � bosnya baik � selalu bagi bonus dua tiga bulan sekali."
"Oh?"
karya : Fatimah Busu
SIRI 1 , 2 , 3
Ahad, 30 Ogos 2009
Cerpen: 10 puteri tak dilindungi bulan(siri 4)
Label:
Panduan hidup,
Untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan