DIMAKSUDKAN dengan perkataan musibah ialah bencana, kecelakaan atau malapetaka. Dalam erti kata lain sesuatu yang tidak baik dan mendatangkan penderitaan kepada seseorang.
Walaupun begitu, Allah menjadikan musibah ini sebagai ujian ke atas hamba-Nya. Firman Allah bermaksud, "Dan sesungguhnya akan kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar" (Surah al-Baqarah ayat 155).
Kemudian Allah jelaskan orang yang sabar itu di dalam firman-Nya yang bermaksud, "(Iaitu) mereka yang apabila ditimpa musibah lalu berkata sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya (Allah) jualah (tempat) kami kembali" (Surah al-Baqarah ayat 156).
Dalam ayat di atas, Allah menyatakan setiap hamba-Nya akan diuji (al-Tabariy, 1996. Jami' al-Bayan fi Ta'wil al-Qur'an jilid. 2 halaman. 45).
Ujian Allah itu berlaku dalam pelbagai bentuk, seperti bencana alam, kematian, kekayaan, kemiskinan, kesihatan dan kesakitan. Ia adalah untuk membuktikan siapakah yang penyabar serta tetap bertuhankan Allah dalam apa juga keadaan yang ditempuhinya.
Jadi jelaslah orang yang sabar itu adalah yang tetap beriktikad diri mereka hamba dan milik Allah walaupun ditimpa musibah yang amat berat. Malah mereka sentiasa mengharapkan balasan pahala daripada Allah dan sentiasa takuti azab-Nya.
Ibn Kathir semasa mentafsir ayat (ayat 156 daripada Surah al-Baqarah) beliau menjelaskan, "Dengan melafazkan ayat ini menunjukkan seseorang itu menerima segala musibah yang menimpanya dan mengakui bahawa dirinya adalah hamba dan milik Allah. Allah berkuasa melakukan apa saja ke atas hamba-Nya" (Ibn Kathir, 1992. Tafsir al-Quran al-'Azim jilid. 1 halaman 203).
Untuk memperkukuhkan lagi tafsirannya, Ibn Kathir membawakan beberapa hadis, antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud, "Umm Salamah berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Tiada seorangpun daripada kalangan orang Islam yang ditimpa musibah, lalu ia melafazkan apa yang diperintahkan oleh Allah (iaitu firman Allah swt ayat 156 surah al-Baqarah yang bermaksud) "Sesungguhnya kami adalah hamba dan milik Allah dan kepada-Nya kami akan dikembalikan. Ya! Allah berilah pahala bagiku dalam musibahku ini dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya, melainkan Allah menggantikan baginya dengan yang lebih baik".
Umm Salamat berkata: Ketika Abu Salamah meninggal dunia, aku sering bertanya kepada diriku sendiri, orang Islam manakah yang lebihUmm Salamat berkata: Ketika Abu Salamah meninggal dunia, aku sering bertanya kepada diriku sendiri, orang Islam manakah yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dialah orang yang pertama hijrah kepada Rasulullah. Pertanyaan itu sering aku mengulanginya, lalu Allah menggantikan untukku Rasulullah sendiri. Umm Salamah berkata: Baginda mengutuskan Hatib Bin Balta'ah untuk melamarku bagi dirinya sendiri.
Berdasarkan kefahaman hadis di atas, balasan Allah atas kesabaran Umm Salamah yang diuji dengan kematian suaminya Abu Salamah, ialah beliau dikahwini oleh Rabertanya kepada diriku sendiri, orang Islam manakah yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dialah orang yang pertama hijrah kepada Rasulullah. Pertanyaan itu sering aku mengulanginya, lalu Allah menggantikan untukku Rasulullah sendiri. Umm Salamah berkata: Baginda mengutuskan Hatib Bin Balta'ah untuk melamarku bagi dirinya sendiri.
Berdasarkan kefahaman hadis di atas, balasan Allah atas kesabaran Umm Salamah yang diuji dengan kematian suaminya Abu Salamah, ialah beliau dikahwini oleh Rasulullah.
Jelaslah ujian Allah ini untuk melihat kekuatan akidah hamba-Nya, sama ada hanya bertuhankan-Nya dalam keadaan senang-lenang saja atau terus bertuhankan-Nya dalam apa juga keadaan sekalipun.
Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa Allah menguji keimanan hamba-Nya dengan pelbagai musibah. Musibah Allah itu bukanlah sekadar kematian, malah ia didatangkan dalam pelbagai bentuk dan keadaan.
Orang yang berjaya menempuhi ujian Allah dengan penuh kesabaran, akan dianugerahkan balasan pahala. Malah Allah akan menggantikan sesuatu yang yang hilang itu dengan sesuatu perkara yang lebih baik, seperti yang dijelaskan di dalam hadis di atas.
Jadi dalam hal ini setiap umat Islam hendaklah mempunyai akidah yang betul, iaitu dengan berakidahkan semua makhluk yang wujud di atas muka bumi ini adalah hamba dan milik Allah. Sebaik saja mengaku bahawa kita sebagai hamba dan milik Allah, kita hendaklah meredai apa juga musibah yang menimpa kita. Sebenarnya di sebalik musibah itu mempunyai hikmah yang besar, di mana kita sendiri tidak mengetahuinya.
Maka dengan ketabahan hati menghadapi kesukaran, kesulitan dan penderitaan yang menimpa kita, sebenarnya sebagai suatu latihan untuk menempuh banyak lagi penderitaan pada masa akan datang.
Mudah-mudahan hasil daripada kesabaran itu, Allah akan berikan ganjaran pahala dan gantikan segala harta benda yang rosak itu dengan harta benda lain yang lebih baik.
sagasama blog
Isnin, 10 Ogos 2009
Musibah Uji Kekuatan Akidah Dan Kesabaran Umat
Label:
Panduan hidup,
Untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan