Isnin, 3 Ogos 2009

Nonis, Dato' Rosman selamat diijiabkabul


Tanggal 31 Julai 2009 menjadi detik bersejarah bagi dramatis, Noniswara Baharudin apabila selamat diijabkabulkan bersama pilihan hati, Dato' Rosman Ridzwan.

Majlis serba ringkas yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan selepas waktu Isyak disaksikan keluarga dan rakan terdekat. Dengan sekali lafaz, Nonis sah menjadi milik Dato' Ridzwan.

Mas kahwin sebanyak RM317.00 diberikan sempena tarikh pernikahan. Pernikahan ini menyaksikan sembilan dulang hantaran diberikan sebelah perempuan dengan berbalas tujuh dulang dari pihak lelaki. Walau bagaimanapun, hantaran dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

Pertemuan di Kota London tiga tahun lepas membibitkan debaran di hati namun dibiarkan berlalu begitu sahaja. Segalanya bermula hanya selepas pertemuan secara tidak sengaja membuatkan hati ingin mengenali dengan lebih rapat.


"Kami bertemu lagi secara tidak sengaja apabila menghadiri majlis yang sama di mana Nonis membuat persembahan di situ. Kalau tak silap pertemuan yang tak sengaja kali keempat" ujar Nonis mengimbas kembali detik perkenalannya dengan suami.

Percintaan selama setahun membuatkan hati Dato' Rosman terpaut menyunting Nonis menjadi suri dalam hidupnya.

Walaupun berlaku kejadian tidak diingini sejurus selepas pernikahan selesai, namun Nonis menganggap semuanya ketentuan Ilahi. Apa yang penting semuanya selamat dan mungkin ada hikmah disebaliknya.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial