10 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai
Tinggal lagi Sembilan.
"Apa pasal kamu semua tinggalkan dia seorang diri ? Tidak ajak dia balik dengan kamu semua ?"
"Kami tidak larat hendak tunggu dia lagi, makcik. Dia asyik duduk bercakap-cakap, gelak-ketawa dengan orang-orang lelaki ... tiga empat orang �"
"Dia yang suruh kami jalan dulu, makcik. Dia kata akan ikut kami kemudian. Kami ingat dia ikut di belakang kami."
"Kamu semua memang tidak boleh harap! Bila mahu pergi pandai pula ajak pergi beramai-ramai. Bila balik, tinggalkan anak aku seorang diri."
"Sudahlah mamanya. Jangan marahkan anak orang. Kita yang benarkan dia ikut pergi. Kalau kita tidak benarkan lainlah cerita."
"Sekarang sudah jadi macam ni, nanti siapa yang pelahap mahu kahwin dengan dia ? Jantan mana yang pelahap buat bini ?"
"Cepatlah. Kita kena buat report polis segera. Kita kena bawa dia ke hospital � Heh, kamu kenalkah budak-budak jantan yang buat kamu itu ?"
"Kenal � abah �"
"Berapa orang ?"
"Empat �"
"Kamu tahu nama-nama dia ? Tempat tinggal dia ?"
"Seorang saja � yang lain tidak tahu."
"Sudahlah abahnya! Mari cepat buat report ! "
"Huuuuu � dahsyat betul makcik tu. Anak dia yang gatal, miang macam ulat bulu bila tengok jantan, kita pula yang disalahkan! "
"Makcik tu tak nampakkah pakaian anak dia tu � sudahlah pakai skirt pendek nampak seluar dalam, pakai pula baju pendek dedah perut, tayang belakang. Bukan ada lengan baju, pakai tali sangkut di leher saja macam baju dalam!"
"Baju kita ini pun nampak pusat juga!"
"Sekurang-kurangnya kita pakai seluar jean. Pakai tudung. Nampak pusat pun tak berapa sangat."
karya : Fatimah Busu.
Isnin, 24 Ogos 2009
Cerpen: 10 puteri tak dilindungi bulan(siri 1)
Label:
cerpen dan puisi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan