Ahad, 30 Ogos 2009

Senyum Ramadan

Menjelang Aidilfitri yang lalu, seorang doktor wad psikiatri sebuah hospital, berhajat untuk membenarkan pesakitnya pulang beraya bersama keluarga. Sebelum berbuat demikian, dia akan menguji para pesakitnya itu, bagi memastikan mereka benar-benar sihat.

DOKTOR : Samad....2x2 berapa?
SAMAD : 4...tuan.
DOKTOR : Bagus..kamu boleh balik esok. Haaa! Sidek..kamu pulak, 4x1 berapa?
SIDEK : 4 juga tuan.
DOKTOR : Bagus, kamu juga boleh balik. Saya yakin, awak Toha tentu juga bijak seperti Samad dan Sidek. Jawab pertanyaan saya ini.3x4 berapa Toha?

TOHA : Du..duuu...dua belas tuan!
DOKTOR : Wah! kamu bertiga sudah bagus(tidak lagi gila mereka ni,bisiknya dalam hati)
Kamu semua boleh balik esok.

Mereka beriringan keluar dari bilik doktor. Sampai diruang legar, seorang rakan yang menunggu giliran doktor bertanya kepada Samad,Sidek dan Toha, apakah mereka dibenarkan balik beraya.

TOHA : Tentulah...tapi doktor tu yang gila agaknya. Bukankah 3x4 jawabnya 11. Aku jawab 12.....dia kata aku betul. haaa...haaa....haaa!

---------------------------------------------------------------------

DUA orang isteri yang bermadu dibawa suami mereka berkelah tepi pantai.

"yang mana satu abang paling sayang, I atau Dia?" tanya isteri mudanya. Pertanyaan yang sama juga diajukan oleh isteri tuanya.

"dua-dua abang sayang..." balas si suami. Tetapi jawaban itu tidak memuaskan hati mereka.

"katakan kami berdua tenggelam di laut ini. Siapakah yang akan abang selamatkan dulu?" tanya pula isteri tua.

"kan dua-dua tahu berenang. Berenang lah sendiri ketepi, abang tunggu ditepi pantai" jawab sisuami selamba.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial