Selasa, 1 September 2009

Barah Payu Dara Dan Syif Malam

Seorang wanita yang bekerja syif malam sperti jururawat,pekerja kilang,juruwang dan paramugari merupakan golongan yang cukup mudah di serang kanser payu dara.

Suasana malam berbeza dengan waktu siang dinama cahaya matahari membantu sesetengah hormon dirembeskan. Namun ada sesetengan hormon yang hanya dapat dikeluarkan pada waktu malam.

Kajian oleh Institut Kanser Epidomiologi di Copenhagen,Denmark,mendapati wanita berumur 30-54 tahunlebih mudah menjadi mangsa.

Dr.Johnni Hansen yang menjalankan kajian itu,membabitkan lebih 7000 wanita, mendapati lebih seperuh yang menghidap kanser payu dara adalah mereka yang bekerja syif malam.

"Hormon Melatonin hanya boleh di rembes pada waktu malam tetapi pengeluarannya terganggu disebabkan oleh chaya lampu.

Kekurangan melatonin dalam badan memberi peluang sel-sel barah mudah tumbuh.Keadaan menjadi bertambah buruk apabila chaya lampu juga menyebabkan paras astrogen meningkat. Ia menjadi penyebab utama kancer itu.

Wanita tidak patut dibiarkan bekerja malam, kerana risiko diserang barah payu dara adalah tinggi." kata Dr.Johnni.

Wallahualam.


---------------------------------info------------------------------------

Mabuk dan pening kerana perjalanan jauh boleh diselesaikan tanpa menggunakan ubat. Minum sesudu madu sebelum memulakan perjalanan itu.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial