PERNAHKAH anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap sidia, ia membuat anda sering termenung memikirkan dirinya.
Bayangkan anda bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan. Mengatur temujanji dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa yang sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.
Percintaan jarak jauh adakalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun adajuga menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam terhakis perlahan-lahan.
Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan ini? Pelbagai perasaan yang merungsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dlm situasi sebegini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.
Untuk mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, di perturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasihsayang agar berpanjangan.
-Percaya pada pasangan---Apabila berjauhan, kita hendaklah percaya pada sidia. Pentingnya sikap saling mempercayai kepada pasangan kita, itulah tunjang kepada kesetiaan.
-Setia walaupun jauh---Ketika berjauhan berbagai dugaan akan terjadi, terutama rindu yang teramat kerana sidia jauh dimata. Sunyi juga menyelubungi,hanya kawan jadi penghibur sementara.Tapi harus ingat kawan tidak sama dengan orang tersayang.
-Berjumpalah walau seketika—Jauh bukan alasan. Cinta perlukan komitmen.Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, ikhtiarkan masa untuk berjumpa. Perjumpaan akan mengeratkan lagi hubungan.
-Bertanya khabar---Berbagai cara untuk bertanya khabar seperti menalipon, hantar sms, chating di YM, kirim kad atau surat dan sebagainya. Kedua belah pihak mesti sentiasa bertanya khabar dan saling menghubungi.
-Sambut hari ulang tahun bersama—Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama, sudah pasti akan menggembirakan dan akan menjadi kenangan ketika sendirian.
-Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah—Cinta jarak jauh memang sukar. Teutama bila datang kerinduan, tapi jangan di jadikan alasan utk membubarkan percintaan itu. Jadikan ia sebagai cabaran utk memberikan semangat meneruskan percintaan ini.
Ramai yang tahu akibat putus cinta, kehidupan ini tiada makna lagi baginya. Merana. Pelbagai memori hadir disaat itu. Tapi semuanya tiada beguna lagi.
Isnin, 17 Ogos 2009
Dugaan cinta jarak jauh
Label:
Cinta,
Untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan