Penyanyi dan komposer popular Ajai dan Liza Ilias akhirnya bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 15 Ogos ini. Mereka sudah mula mengedarkan kad undangan kepada rakan media dan jemputan lain.
Majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Negeri, Pulau Pinang pada pukul 10.30 pagi dan diikuti jamuan doa selamat di rumah keluarga Liza, (Norliza Ilias) di Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang.
Ia sekali gus mematikan gosip liar yang mengaitkan Ajai (Mohd. Faizal Maas) dengan wanita lain selama ini. Mereka sudah lama mengakui hubungan mesra malah pernah merancang bernikah tahun lalu, namun kesibukan masing-masing membuatkan mereka gagal mencari tarikh yang sesuai.
Selamat pengantin baru pada Ajai yang akan mendapat kebahagiaan baru. Inilah perkahwinan pertama Liza manakala Ajai pernah berkahwn dengan penyanyi Nurul dan memiliki soorang anak, Ayu Nazirah.
dari Manggaonline
Rabu, 5 Ogos 2009
Ajai, Liza nikah 15 Ogos
Label:
Berita artis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan