Syeikh Abnu Khafif ialah seorang ahli sufi dari Parsi.Dia mempunyai dua orang murid yang namanya sama iaitu Ahmad.Untuk memudahkannya, dia memanggil Ahmad Tua utk yang lebih tua umurnya dan Ahmad Muda utk yang lebih kecil.Antara anaknya itu Ibnu Khafif lebih menyayangi Ahmad Muda. Tindakan ini tidak disenangi murid-murid lain, anggapan mereka Ahmad Tua lebih bijak dan berdisiplin berbanding dgn Ahmad Muda.
Ibnu Khafif ingin menunjukkan sesuatu pada mereka. Pada suatu hari, dia membawa murid-muridnya kerumah. Di hadapan rumahnya terdapat seekor unta yang sedang tidur.
"Ahmad Tua, kemari! Angkat unta itu keatas loteng sekarang," Ibnu Khafif memberi arahan.
Ahmad tua garu kepala. "Mustahil tuan guru. Unta itukan lebih besar. Mana boleh saya angkat sorang-sorang keatas loteng."
"Tak apa cukuplah tu. Ahmad Muda kemari!" Ibnu Khafif memanggil Ahmad Muda pula "buat sebagaimana yang saya suruh tadi."
Tanpa berkata apa-apa, Ahmad Muda terus menyinsing lengan baju dan meletakkan ikatan pinggangnya. Kemudian dia mencangkung kearah unta yang sedang tidur. Dia meletakkan kedua-duanya tangannya dibawah tubuh unta itu dan...
"EEErrrgggghhhh!!!" dengan segala kudrat yang ada Ahmad Muda cuba mengangkat unta tersebut. Usahanya sia-sia sahaja. Unta itu tidak sedikit pun bergerak, maklum saja saiz haiwan itu besar manakan mampu diangkat oleh seorang kanak-kanak.
"Ahmad Muda. Cukuplah itu," Ibnu Khafif menyuruh Ahmad Muda berhenti.
Ahli sufi itu memangdang anak-anak muridnya dan berkata; "Kamu dah nampakkan? Walaupun kamu lihat Ahmad Muda macam lurus bendul, itu tidak bermakna dia bodoh. Dia telah menjalankan t/jawabnya dengan sedaya upaya walaupun kelihatan mustahil. Sedangkan Ahmad Tua hanya memberi alasan dan tidak mahu langsung berusaha. Antara kamu siapa yang lebih bagus? " Tanya ibnu Khafif kepada anak-anak muridnya.
Pelajar-pelajarnya terdiam..............
Khamis, 18 Jun 2009
Siapa Lebih Bagus?
Label:
Untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan