Jumaat, 19 Jun 2009

Fakta Menarik Tentang Filem Tamil dan Cina.

Tentang Filem Tamil.
1-Heronya tidak menunjukkan kesakitan walaupun ditumbuk dan dipukul bertalu-talu oleh musuhnya, tapi bila si heroin cuba mencuci lukanya itu, terus aja...'adih, adiiih!'
2-Hero tidak boleh boleh jatuh cinta dengan heroin(begitulag sebaliknya) kecuali setelah menari didalam hujan.
3-Selepas disapu kemuka, makeup heroin takkan luntur sekali pun badannya basah kuyup ditimpa hujan dan ribut petir.
4-Sepasang kekasih sedang menari dipadang yang terbentang luas, tapi..eh tiba-tiba ada 100 orang lelaki dan perempuan muncul dibelakang mereka, terus menari mengikut rentak dan gerak geri yang sama. Misteri betul..dari mana datangnya 100 orang itu.
5-Diakhir filem, sang hero mendapati penyangak yang memusuhinya itu ada hubungan kaitan keluarga atau sahabat.
6-Dalam setiap filem mesti sebut perkataan-perkataan Inggeris, iaitu no problem! My God! Get out! Shut Up! Impossible!Please forgeive me!
7-Sepasang kekasih boleh bergolek-golek diatas tanah sambil menyanyi tapi tiba-tiba bangun dengan berpakaian lain pula!
8-Mereka boleh berlari keliling pokok kelapa,berkejar-kejaran diatas bukit sambil menyanyi,bertentang mata, jeling menjeling dan bertukar pakaian dalam waktu yang cukup singkat tanpa menunjukkan rasa penat!

Fakta Filem Cina.
1-Bapa hero mesti bernasib malang dan dibunuh musuhnya semasa heromasih kecil menyebabkab sihero hidup yatim piatu.
2-Apabila seseorang lelaki itu cedera parah,dia pasti sempat mengucapkan beberapa patah perkataan untuk memberitahu siapa pembunuhnya sebelum mati.
3-Pahlawan-pahlawannya boleh terbang melepasi bumbung, berlari panjat pokok dan melompat dari satu bukit ke satu bukit tanpa sebarang masalah.Tapi bila hendak kemana-mana pahlawan ini berjalan kaki atau menunggang kuda..pelikkan?
4-Hero selalunya miskin,papa kedana dan dalam keadaan genting, pasti ada sekeping dua duit emas atau perak diambil dari dalam kasut atau lipat seluarnya untuk membayar makanan. Itulah duitnya terakhir!
5-Hero dan penyangak selalu terserempak tidak kira betapa besarnya dunia ini dan dimana mereka berada.
6-Cukup mudah untuk menyembuhkan luka, baik luka luaran atau dalaman. Ia semudah duduk silang kaki, tekap tangan pada luka,lepas itu keluar asap berkepul-kepul dari tapak tangannya. Terus sembuh!
7-Boleh simpan bermacam-macam dalam lengan baju atau tali pinggang dan anehnya, benda-benda tersebut tidak akan jatuh walau macam mana lasak sekali pun hero itu.

Bagaimana dengan filem melayu??? .........

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial