Khamis, 25 Jun 2009

Selamatkan Anak- Anak Gadis Kita

Berita seorang gadis hamil tentu menggamatkan kampung. Keluarga malu tidak terkira. Tiada siapa tahu kisahnya sebelum itu, pergi pagi balik malam, bekerja di kilang, tiba-tiba berbadan dua. Kisah itu terbongkar bila si gadis mengadu sakit perut kepada orang tuanya.

Si bapa jatuh terjelepuk bila melihat disamping anaknya, seorang bayi diatas katil dipenuhi darah sedang menguak-menguak! . Rupanya dia sudah bercucu.

Kisah ini bukan sengaja direka-reka. , Kisah nyata yang sentiasa berlaku di sekeliling kita samaada dibandar atau pun desa. Dapat kita bayangkan perasaan ibubapa dan keluarga gadis-gadis yang telibat itu. Hidup berendam airmata. Malu itu terpaksa ditanggung hingga keakhir hayat.

Semakin hari semakin ramai anak gadis kita yang terjebak dengan maksiat, akibat pujuk rayu sang jejaka yang kononnya ingin hidup semati. Mereka tewas dan mengandung. Lalu mengambil jalan singkat menggugurkan kandungan atau lebih kejam membuang bayi kedalam tong sampah untuk menutup malu.

Sesuatu perlu di lakukan untuk menyelamatkan anak-anak gadis kita. Kepada yang telah terlanjur janganlah dibuang mereka, berikanlah motivasi untuknya agar pulih keyakinan diri. Janganlah menghukumnya sepanjang hayat. Bantu mereka agar tidak terus hanyut dibuai nafsu.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial