Khamis, 18 Jun 2009

Kerajaan tidak bercadang daftar penulis blog

KUALA LUMPUR 18 Jun — Kerajaan tidak bercadang untuk mendaftarkan penulis blog dan mereka bebas untuk menyampaikan maklumat dalam Internet tertakluk kepada undang-undang negara demi menjaga keharmonian masyarakat, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

“Dalam proses menyampaikan mesej, walau apapun yang dikenakan oleh pihak berkuasa, laman web masing-masing bebas untuk mencatat, menyampaikan dan memaklumkan sesuatu.

"Setakat ini perlu dinyatakan kita tidak ada menyenaraikan atau mendaftarkan mana-mana blogger yang beroperasi dalam Internet, dan tiada cadangan untuk berbuat demikian,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang mendakwa kerajaan lebih menumpukan kepada menyekat kebebasan penulis blog

Utusan Malaysia Online.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial