Khamis, 4 Jun 2009

Gembira dan kesal

Suatu malam tiga orang pengembara memacu kuda merentasi padang pasir. Ketika merentasi sebatang sungai yang kering kontang,mereka terdengar suatu suara mengarahkan berhenti.

Mereka patuh pada arahan itu. Suara itu menyuruh mereka turun dari kuda dan mengutip batu-batan yang terdapat didasar sungai. Ketiga-tiga pengembara itu menggagau dalam gelap mengutip batu-batu kerikil dan kemudiannya memasukkan kedalam poket.

Suara misteri itu seterusnya berkata, "kamu telah mengikut arahanku, esok kamu akan berasa gembira dan juga kesal. Sekarang tinggalkan tempat ini"

Ketiga-tiga pengembara itu memacu kuda mereka hingga kehujung padang pasir. Apabila matahari memancar keesokan harinya, pengembara itu menyeluk poket masing-masing. Alangkah terkejutnya mereka, batu-batu yang mereka kutip tadi telah menjadi batu permata.!

Seketika mereka teringat amaran yang dikeluarkan oleh suara tersebut,"kamu akan merasa gembira dan kesal". Betul mereka gembira kerana mendapat batu permata dan kesal kerana tidak mengambil lebih banyak lagi.

Begitulah manusia, mereka tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial