Selasa, 2 Jun 2009

Darling Ngasri selamat diijabkabul

Aktres dan produser, Nasreen Ngasri, 26, yang mesra dengan panggilan Darling akhirnya sah bergelar isteri kepada kekasih hatinya, Nur Azlin Rahmat, 34, pada majlis pernikahan mereka yang berlangsung di rumah keluarga Darling bertempat di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh.

Hanya dengan sekali lafaz, pasangan yang dinikahkan sendiri oleh bapa Darling, Ngasri Sain ini melahirkan rasa bersyukur kerana berjaya menyatukan cinta mereka meskipun hubungan yang terjalin belum pun mencecah setahun.

Lebih bermakna lagi, majlis bersejarah pasangan itu juga secara kebetulan menjadi ‘hadiah’ istimewa buat Darling yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-26 pada 2 Jun ini manakala hari lahir bapanya juga jatuh pada hari(31 Mei).

Pada majlis yang serba ringkas itu, Darling menerima mas kahwin RM80, wang hantaran sebanyak RM22,222.22 serta sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihaknya.



0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial