Selasa, 30 Jun 2009

Perkahwinan Catriona Ross dan Shaharuddin

Perkahwinan Catriona Ross(Mek Salmah dari Scotland) dan Shaharuddin yang bertempat di Kota Bharu, Kelantan. Dinikahkan oleh Imam Masjid Paya Rambai, Mohd. Alwi Mohd. Zain berwalikan bapa Cat, Bahrin Ross Abdullah di kediaman keluarganya di Kota Bharu, Kelantan.

Cat dan Shaharuddin akan menghabiskan masa bersama di dua lokasi (Pulau Pangkor and Gunung Jerai) dalam Malaysia sebelum ke Itali sebagai berbulan madu. Cat menerima cek wang hantaran berjumlah RM22,000 beserta sembilan dulang hantaran berupa sirih junjung, cincin, cermin mata Marc Jacobs, jam Emporio Armani, set penjagaan kulit SK-II, sejadah, beg Sulgato Re Serragamo, kasut Cole Haan dan gelang tangan Tiffany.

Sementara pengantin lelaki pula menerima 11 dulang hantaran iaitu persalinan baju, dua manisan, cermin mata Furla, PS3 console and games, set penjagaan kulit Biotherm, sneakers Adidas Limited Edition, sejadah, persalinan baju kerja dan tali pinggang, telefon bimbit Blackberry, cincin dan sirih junjung.





------Aura Window 7------

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial