Orang Melayu zaman dulu-dulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu.
Mungkin pantang larang ini dianggap benda2 tu tahyul tapi ianya sekadar nak 'menipu' anak-anak mase kecik... yelah, kalau cakap benda yg betul pun manelah budak2 kecik nak paham kan? Mungkin orang-orang tua dulu ada buat research berdasarkan pengalaman mereka. Adakah pantang larang ini masih sesuai pada masa sekarang?
Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:
1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.
Isnin, 8 Jun 2009
PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN
Label:
petua dan pantang larang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan