MELAKA 11 Okt.2008 — Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi negeri ini melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Beliau berkata Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk “One Two Ka Four” di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas.
Shah Rukh Khan, yang dilahirkan di New Delhi pada 2 November 1965, artis Bollywood pertama ber gelar Datuk. Mempunyai ijazah sarjana dalam bidang komunikasi dari Jamia Millia Islamia University.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadun Basiron berkata, DMSM dianugerahkan bagi mengenang jasa Shah Rukh Khan dalam bidang seni dan perfileman di peringkat antarabangsa, termasuk di Malaysia.
Shah Rukh Khan adalah antara 77 orang yang dianugerahi darjah yang membawa gelaran 'Datuk' sempena Sambutan Hari Lahir ke-70 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob pada 11 Oktober lepas.
ADA ubi ada batas. Ada budi, pasti dibalas. Nampaknya itulah yang dipegang aktor Bollywood, Shah Rukh Khan, setelah menerima pangkat 'Datuk' daripada kerajaan negeri Melaka. Kata Shah Rukh, beliau akan membantu merealisasikan hasrat kerajaan Melaka untuk membina studio perfileman di negeri berkenaan. 'Saya berjanji membantu kerajaan Melaka dan saya akan hantar satu pasukan untuk meninjau lokasi sesuai bagi...
Rakaman Shah Rukh Khan dapat anugerah Datok (klik)
Memajukan sektor pelancongan negeri Melaka (klik)
Komen Shah Rukh Khan dapat gelaran DATOK (klik)
Apakata FINAS (klik)
-----------------------------------------------------------
Selasa, 23 Disember 2008
Datuk Shah Rukh Khan
Label:
Berita artis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan