Sayang..disaat-saat aku ketandusan untuk menghadapi kenyataan hidup,tiba-tiba kau hadir dalam hidupku. Lalu hatiku tertanya-tanya, apakah kau seorang insan yang di takdirkan untuk menjadi kekasih ku?.. kerana memori lama masih menghantui...panas..dan aku hanya lah insan biasa.
Bukanlah ku meminta takdir untuk menemukan seseorang yang bisa menghiburkan hatiku, tapi dalam rintihan ku ingin mencari seseorang yang jujur, beriman dan amat menyayangi padaku. Ternyata Allah tidak menghampakan hambanya, lalu cebisan pilu ku diterima oleh mu.
Betapa hidupku kembali segar, indah dan bermaya bersama mu.
Kepadamu kekasih aku berserah.
Jawaban yang belum ke temui.
Yang bakal aku nantikan...
Sebelum ku lena beradu.
Dalam menghayati liku-liku ini, kau dan aku selalu mengalunkan lagu kesedihan dari memori hidupku. Ternyata kau dan aku tabah menghadapi semua itu dan bagiku gerimis itu adalah airmata yang pasti dari mu untuk ku abadikan dalam sanubari ku.
Semakin ku mengenali erti budi mu, bicara mu, membuat aku...entahlah. Engkau bulan akulah pungguk, walaupun kita berjauhan, sesungguhnya hati ku, jiwa ku, dan seluruh kehidupan ku di tawan oleh mu.
Sayang ku...usahlah kau meragui tentang cinta kita..tentang ucapan bicaraku, tentang janji-janji ku. Tiada sesiapa yang dapat memisahkan cinta kita. Takdir telah menemukan kita...takdir jualah yang akan menentu segalanya.
Sayang ku....pohon restu padanya, sesungguhnya aku tak mungkin dapat menghayati kehidupan ini dengan sempurna tanpa kau disisiku.
Bulan takkan terang tanpa seri wajahmu
Hati takkan tenang tanpa kehadiran mu
Rindu dalam sepi, rindu dalam menanti
Ku tetap menanti..Hingga akhir nanti.
CINTA KU PADAMU MEMBAWA KEPUSARA.
-------------------------------------------------------------
-----------------------------------HUMOR-----------------------------------------
Satu hari Atan di suruh ibunya membeli telur di kedai mamak. Disebabkan tayar basikalnya pancit, Atan terpaksa pergi dengan berjalan kaki sejauh satu kilometer.
Di pertengahan jalan tiba-tiba…KREETTT GEDEGANGGGG!!!!! Berlaku kemalangan ngeri di simpang empat, berdekatan dengan Atan berada. Sebuah motosikal bertembung dengan lori pasir.
Dekat sejam melihat kemalangan itu Atan berlari balik kerumah tanpa membeli pesanan emaknya tadi. Di rumah, dengan penuh semangat, Atan menceritakan pada ibunya kemalangan tadi.
“Emak tau….budak yang bawa motor tu terpelanting atas jalan. Darah bersepah-sepah.Kepala dia pecah. Otak dia terburai. Sebelah mata budak tu terjojol, sebelah lagi pecah.”
Setelah itu Atan menceritakan pula pasal tangan penumpang itu putus, kaki patah, tempurung lutut tercabut dan seluar yang koyak rabak.
Tambah Atan lagi “ kesian dia mak…perut dia terburai, nampak usus, yang paling
kesian mak, paha dia dua-dua pecah, nampak tulang. Punggung dia pun pecah, nampak…........”
Belum habis Atan bercerita, ibunya yang sejak tadi diam tak berkata apa-apa, terus
bertanya dengan suara keras “ Habis telurnya mana??!!”
Atan menggaru kepala. “ Telur? issssss, Atan tak nampak pulak..terpelanting kot”
Ahad, 28 Disember 2008
* Coretan Kasih *
Label:
Cinta
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan