Tentu mahu kan? Dr. A. Schindler dalam bukunya How To Live 365 Days A Years menggariskan tip-tip untuk mencapai tujuan itu.
1- JAGA KESIHATAN- Penyakit sentiasa ada. Mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Pastikan anda mendapat rehat yang cukup. Jangan lupa bersenam.
2- CINTAI KERJAYA ANDA- Ramai antara kita stress dengan bebanan kerja. Belajar lah mencintai kerja, seperti menyintai kekasih. Pasti kita akan girang di tempt kerja dan tempat kerja yang menghiburkan.
3- KAWAL PERASAAN ANDA- Jangan terlalu emosional, apalagi kalau orang lain menguasai mood anda. Anda berhak atas diri sendiri.
4- MEMPUNYAI HOBI YANG MENGHIBURKAN- Jadikan hobi itu menyeronokkan. Dengan hobi itu anda mahu hidup lebih lama.
5- BELAJAR BERPUAS HATI DENGAN DIRI SENDIRI- Setiap orang ada kelemahan dan kekuatan diri. Tiada kesempurnaan kecuali belajar. Anda juga tidak terkecuali, begitu juga orang lain.
6- HIDUPLAH SECARA SEDERHANA- Perhatikan perkara-perkara kecil di sekeliling anda. Jangan sesekali abaikan kerna perkara yang kecil itu tidak mustahil akan menjadi besar. Pastikan perkara itu dalam kawalan anda.
7- SUKAILAH ORANG LAIN- Sayangi lah ahli keluarga, kawan-kawan dan juga jiran-jiran. Jangan syik melihat keburukan mereka. Terima diri mereka seadanya. Mereka akan merasa lebih dihargai.
8-UCAPKAN KATA-KATA YANG BAIK DAN MELUNAKKAN- Kata-kata yang lahir dibibir anda melambangkan diri anda yang sebenar. Lagi pun kata-kata yang buruk tidak memberi faedah sedikit pun.
9- HADAPI DUGAAN DAN CABARAN DENGAN HATI TERBUKA- Itu lah warna-warna kehidupan. Tabahkan hati bila di landa masalah, redha dan sabar kerana kita tidak mampu melawan takdir. Bila berdepan dengan masalah abaikan siapa salah siapa betul. Berbincang! Itu lah jalan terbaik.
10- ELAKKAN PERTELINGKAHAN- Kekadang kita kurang sabar dengan kerenah orang lain, dan tanpa kita sedari kerenah kita pun menimbulkan kemarahan orang lain. Jauhi dendam. Elakkan pertelingkahan. Anda kelak akan kerugian.
11- FIKIRAN DAN SIKAP YANG POSITIF- Setiap hari banyak perkara yang berlaku samaada mengembirakan atau sebaliknya. Tidak kira apa pun perkara itu, ambil lah ia sebagai rangsangan untuk berjaya pada hari seterusnya.
12- JADILAH PERANCANG YANG BAIK- Setiap orang memerlukan asas psikologi yang baik untuk memulakan sesuatu yang baru. Jadi mulakan ia dengan penuh semangat.
13- JAUHI SIFAT DENGKI- Kalau lihat orang lain berjaya, bergembiralah seolah-olah andalah yang berjaya itu. Jangan sesekali berasa dengki dan cuba merosakkan kejayaan mereka.
14- KAWAL MAKAN- Jangan makan lebih-lebih. Mungkin anda menganggap sesuatu yang kelakar. Makan berlebihan mengundang pelbagai penyakit yang menyebabkan cita-cita anda untuk hidup lebih lama lagi hanya tinggal angan-angan.
--------------------INFO--------------------
ARKIB : 19/09/2008 dari utusan malaysia
TOKYO 18 Sept. - Lelaki paling tua di dunia yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-113 hari ini berkata, beliau mahu hidup untuk tempoh 10 tahun lagi.Tomoji Tanabe yang lahir pada 18 September 1895 menerima pelbagai hadiah termasuk jambangan bunga dan wang sebanyak AS$1,000 (RM3,460) daripada Datuk Bandar Miyakonojo
Ahad, 28 Disember 2008
Nak Hidup 100 Tahun Lagi?
Label:
Panduan hidup
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan