Isnin, 29 Disember 2008

Pemasangan tali pinggang keledar belakang.

Berkuat kuasa 1 Januari 2009 ini, saman maksimum RM300 akan dikeluarkan serta-merta kepada pemandu atau penumpang kereta yang gagal mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang.

Saman itu akan dikeluarkan terus kepada penumpang belakang yang berusia 17 tahun ke atas jika gagal mematuhi peraturan terbabit, manakala bagi kanak-kanak atau remaja di bawah usia berkenaan, ia akan diberikan kepada pemandu.

Miros(Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) membuat kajian menunjukkan bahawa 40 hingga 50 peratus daripada jumlah kes kematian, cedera parah dan kecederaan ringan membabitkan penumpang belakang. Ianya boleh diselamatkan menerusi pemakaian tali pinggang di tempat duduk belakang.

Pasanglah tali pinggang demi melindungi keselamatan diri dan menjaga keselamatan penumpang yang duduk di tempat duduk belakang,

Jangan menunggu di saat-saat akhir.



------------------------TAHUKAH ANDA----------------------------
- Tangan mempunyai lebih banyak bahagian yang boleh digerakkan kerana ia mempunyai lebih banyak otot berbanding dengan bahagian tubuh lain.
- Perasaan malu terbit apabila seseorang ingin menenangkan dirinya. Ia berlaku setelah saluran-saluran darah pada bahagian kulit dilonggarkan secara tidak sedar.
- Otot manusia mengeluarkan haba yang cukup untuk mendidihkan seliter air dalam tempoh sejam.
- Ingatan manusia boleh menyimpan sebanyak 100,000 lebih banyak memori berbanding komputer yang diciptakan manusia itu sendiri.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial