Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.
Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.
Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan "tuhan" mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.
Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.
Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan "aqidah" mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.
Cuba pergi ke restoren mamak di Gombak dan Kuala Lumpur, tinjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging รข€“ "daging lembu" atau "daging kambing". Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim.
Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, Tanyakan kepada pelayan restoran tersebut; "ada lauk daging tak?"
Kalau pelayan tersebut menjawab, "kambing ada, daging lembu tiada".
Tanyakan kembali, "kenapa tiada lauk lembu?".
Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab..
Bila situasi ini berlaku, cabut sahaja daripada restoran tersebut.
Jangan terpernangkap dengan restoran mamak yang menggunakan nama Restoran Muslim terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga.
Test keislaman mereka…
Mohamad : "Ini kedai halal ka?"
Restaurant Attendant : Ya la, Itu awak tengok sana, itu Koran (tunjuk tulisan Qur'an, Allah, Muhammad di dinding restoran)
M : "Awak muslim ke?"
R.A : "Ya!" (dengan gaya confidence - 101%)
M : "Mengucap tengok!"
R.A : "Ahh?"
M : "Mengucap la, aii takkan tak tau!"
R.A : "Apa itu?"
M : " Dua kalimah syahadah, itu syahadah awak cakap saya mau dengar!"
R.A : (Start panicking... )
M : "Ei, awak kata Islam, takkan sebut syahadah pun awak tak tau!"
R.A : (truly panic, looked scared also)
M : "Oh, awak tipu sama saya, aah"
R.A : (Dia pegang bawah lengan Mohamad dan berkata) "Jangan buat ini macam laa...."
Cuba masuk ke belakang restoren dengan tujuan nak pergi tandas. Tengok apa yang ada.
Berkemungkinan anda ternampak patung Hindu yang di sembah. Di depan tergantung ayat ayat Al Quran.
Bayangkan, berapa ramai orang kita makan di kedai, atau 'restoran mamak'. Memang popular dengan roti canai. Cuba kira satu Malaysia, berapa ratus (maybe ribu?) restoran ada, berapa juta orang Melayu ada, berapa banyak tahun dah berlalu. Dah berapa keping anda balun roti canai dan toseh di restoran-restoran sedemikian.
Khamis, 25 Disember 2008
Cara nak bezakan restoren mamak dan hindu.
Label:
Isu hangat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan