Jumaat, 26 Disember 2008

Artis Dan Bukit Antara Bangsa

Antara yang terlibat Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Leina Hangat, Zizie Izzette, Zahid AF2, Amelia AF3, Elly Suriaty ,Azza Elite dan Cico

Zizie bersyukur kerana ibu dan adiknya selamat kerana rumah yang mereka diami berada agak jauh dari lokasi kejadian. Ketika kejadian Zizie sedang menjalani penggambaran di Shah Alam.

Juara Akademi Fantasia 2 (AF2), Zahid, berkata apartmen yang didiaminya, Oakleaf Park cuma 500 meter dari tempat kejadian, malah sebahagian besar jalan masuk apartmen itu turut mendap. Zahid terpaksa melalui hutan, dengan ditemani anggota penyelamat untuk ke unit kediamannya kerana jalan masuk ke apartmen ini rosak teruk.

Cico pulang ke rumah dengan berjalan kaki hampir dua kilometer kerana jalan terhalang dengan tanah runtuh. Beliau bersyukur ibunya terselamat dan membuat keputusan untuk berpindah ke tempat lain kerana bimbang.

Dalam kejadian tersebut, rumah banglo Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa terselamat kerana rumahnya berada kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian.Mereka tidak sedar pun ada tanah runtuh berhampiran rumah mereka sehinggalah sepupunya menghubungi kira-kira jam 4.30 pagi yang memaklumkan rumah mereka turut terjejas.



0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial