Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
MUHARRAM.
M-Manusia:khalifah di muka bumi,
U-Untuknya akal dan rohani,
H-Hidayah dalam kitab suci,
A-Akal mengatasi nafsu haiwani,
R-Ruhani mensuci memuliakan diri,
R-Rahmat Allah pada insani,
A-Atas segala kejahatan tidak terperi,
M-Mari tegakkan kebaikan yang murni.
Tahun baru Hijrah datang lagi memperingatkan kita bahawa perjalanan di dunia semakin jauh dan kita semakin dekat dengan'ajal'-saat untuk menemui Allah.Usia kita makin kurang dan makin sedikit.Bukan bertambah dan tidak pula makin banyak seperti yang di katakan orang…Jangan lupa dan lalai…bahawa satu saat berlalu,satu saat kita makin hampir kepada kematian.Satu hari yang berlalu,kita makin dekat satu hari dengan kubur.Kini satu tahun berlalu….satu tahun pula dipotong dari usia kita yang telah ditetapkan.
Kalau usia berkurangan,bagaimana pula dengan amalan?Adakah bertambah?Makin taatkah kita?makin baikkah kita?Makin sayangkah pada Allah Nabi dan Agamanya?Ingat! harta ,pangkat dan dunia akan kita tinggalkan.Jangan sampai kasih dan sayang kita pada akhirat berkurangan! Rugi…itulah kerugian paling besar!
Sempena Muharram ini,marilah bermuhasabah dan mengukur diri…sejauh mana kita telah melaksanakan tugas khalifah di muka bumi ini.Ingat!Hidup ini singkat…semua akan berangkat menuju akhirat!Yang tua persiapkan Diri untuk mati…yang muda buat persiapan untuk mentadbir negeri.Tiada yang kekal abadi.Kita kembalikan keamanan,kebenaran dan keadilan.Kita hapuskan kesengsaraan,kebatilan dan kezaliman berpandukan Hidayah Tuhan Rabbul Jalil.
Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun (klik)
Ahad, 28 Disember 2008
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram
Label:
Agama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan