Juara AF ke 3 Asmawi Ani 27(Mawi) dengan lagu Seroja dan aduh Saliha,sah bergelar suami kepada Nora’Asikin Rahmat 29(Ekin) pada 20 Desember 2008. Hanya dengan sekali lafaz sahaja. Majlis itu berlangsung di Masjid Sultan Abu Bakar kira-kira pukul 11.45 pagi. Tahniah diucapkan kepada pasangan MAWI dan EKIN. Semoga kekal ke anak cucu.
Gambar mereka menghadiri kursus perkahwinan di Masjid Putrajaya, hampir satu hari bermula dari 8 pagi hingga 10.30 malam.
Mengenakan pakaian sedondon berwarna putih gading tajaan Butik Cosry, majlis akad nikah disempurnakan oleh imam masjid tersebut, Datuk Mahat Mohd. Said dengan empat orang saksi termasuk penyanyi Akhil Hayy mewakili keluarga Mawi dan pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadhilah Kamsah bagi pihak keluarga Ekin.
Majlis dimulakan apabila rombongan pengantin perempuan membawa masuk 11 dulang hantaran yang terdiri daripada jam tangan, kasut, dompet, tali pinggang, sejadah berserta songkok, al-Quran, cincin, set pewangi, buah-buahan dan sirih junjung.
Ia diikuti rombongan pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran berupa al-Quran, cincin, tas tangan, kasut, jam tangan dan alat solek, pewangi, kek, sirih junjung serta wang hantaran berupa cek bernilai RM30,000.
Walaupun raptai majlis tersebut diadakan sehari sebelum upacara itu, Mawi dilihat agak berdebar tetapi dapat melafazkan akad nikah dengan lancar.
Sebaik sahaja akad nikah selesai, Mawi diberi peluang membaca taklik dan seterusnya melakukan sujud syukur bersama imam masjid berkenaan, Mahadir Yahya.
Majlis menjadi agak lucu apabila Mawi kelihatan kekok dan terus ketawa apabila diminta jurugambar untuk mencium dahi isterinya selepas sesi menyarungkan cincin bagi membatalkan air sembahyang serta menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50.
Sekitar Majlis Persandingan Mawi dan Ekin yang berlangsung pada 8 Malam, Sabtu, 20 hb Disember 2008, di Stadium Bandaraya Johor Bahru.
-Kehadiran tetamu dan pasangan pengantin(klik)
-Bacaan doa dari adik Adik Ahmad Al-Atif(klik)
-Majlis berbalas pantun(klik)
-Khutbah nikah (klik)
-Penyerahan kuasa wali (klik)
-Upacara akad nikah(klik)
-Lafaz taklik(klik)
-Penyerahan mas kahwin(klik)
-Upacara menyarung cincin(klik)
-Upacara penyerahan tanggungjawab.{klik)
-Acara sujud syukur(klik)
-Majlis selesai dan marhaban (klik)
-Ada pihak yg x berpuas hati(klik)
SLIDE SHOW AKADNIKAH DAN PERSANDINGAN MAWI DAN EKIN
Rabu, 24 Disember 2008
Perkahwinan Mawi dan Ekin
Label:
Berita artis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan