Jumaat, 31 Julai 2009

Senyum Pagi Jumaat.


Ismail,70 ke hospital menjalani ujian kesihatan biasa. Doktor Zahid kagum dengan kesihatannya.
‘kesihatan awak fantastik Ismail! Kawal fikiran dan perasaan, kalau boleh rapatkan diri dengan Allah”
“oh.. itu mesti. Allah sentiasa dekat dihati, dia tahu mata saya tidak berapa baik, diberinya sedikit kelebihan”
“Wowww!” balas doktor itu sambil bertanyakan kelebihan yang dimaksudkan itu.
“Apabila saya buka pintu bilik air sebaik terjaga tengah malam tadi, lampu menyala. Selesai melakukannya…lampu padam sebaik pintu ditutup” kata Ismail bangga.
Sebaik Ismail keluar, doktor menemui Bedah lalu bertanya tentang kebenaran cerita suaminya itu.
“Orang tua nyanyuk…patutlah hancing bau peti sejuk pagi tadi.”

----------------------------------------------------------------------------------

Sofia dan Sally - dua janda yang sedang cuba mencari pasangan. Satu hari ketika berada di lobi hotel, mereka nampak seorang lelaki kacak menyendiri sejak beberapa lama di tepi kolam mandi.

Sofia : Kau tahu aku ni malu sedikit. Kau mulalan dulu. Cuba tackle lelaki tu. Kalau kamu tak dapat aku cuba pula.

Sally : Maafkan saya encik..saya harap tidak menggangu. Saya lihat encik menyendiri sejak tadi. Kenapa?

Lelaki: Saya dah biasa sendirian..maklumlah 20 tahun dalam penjara..baru saja dibebaskan.

Sally : Kenapa???

Lelaki: Kerana menikam isteri ketiga saya!

Sally : Isteri kedua encik bagaimana?

Lelaki: Saya kelar lehernya.

Sally : Isteri pertama?

Lelaki: Saya bagi minum racun.

Sally terus berlalu, dan meminta Sofia mencubanya pula.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial