Masyarakat di Malaysia kebiasaan akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing-masing membaca surah Yasin,dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam-macam ragam (setengah dengan tertib, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut.
Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-
i. Lantik seorang yang bacaan Al-qurannya baik (dari segi tajwid)untuk membaca surah Yasin - yang lain-lain boleh bersama-sama semak.
ii. Sebaik-baik orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah-mudahan surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.
iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah/ayat Surah Yasin, berhenti, dan menolong(menuntun) beliau untuk melafaz “Laa ila ha illallah”.
v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah/ayat,berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap “Laa ila haillallah” lagi.
vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam ‘membantu’ saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dalam membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata-mata melalui ikutan adat.
Wallahualam.
Jumaat, 17 Julai 2009
Bacaan Yasin Untuk Orang Menghadapi SakaratulMaut
Label:
Agama,
Panduan hidup,
Untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan