Sabtu, 11 Julai 2009

Laptop Boleh Menyebabkan Kemandulan


Di zaman serba canggih ni. Laptop oleh dikatakan "barang" yang wajib untuk pelajar Universiti,pekerja pejabat dan sebagainya malahan peribadi.Untuk pengetahuan semua laptop ini boleh menyebabkan kemandulan? Bagaimana dia boleh menyebabkan kemandulan?

Suzanne Kavic, MD, seorang perawat masalah reproduction dari Loyola University Health System berkata bahawa haba yang terhasil di bawah laptop boleh menyebabkan pengembangan sperma, sehingga mengakibatkan kepayahan pada proses terjadinya kehamilan. Selain itu haba itu dapat merosak sperma, mengurangi jumlahnya, dan juga membuat sperma menjadi lambat bergerak.

Bagaimana boleh menyebabkan haba tu boleh sampai ke alat reproductive lelaki? selalunya pengguna meletakkan laptopnya di atas riba dan begitulah haba sampai ke bahagian reproductive lelaki.

---------------------------------INFO-------------------------------------

- Pada 30jun 1908. Sebuah komet seberat satu juta tan jatuh ditengah Siberia,Rusia. Letupannya 1000 kali ganda letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Langsung memusnahkan kawasan hutan seluas 200 km.persegi.

- Gadis suku kaum Kuttia Kond di Orissa India. Memberitahu masyarakat yang dia masih lagi perawan dengan menindik tiga gelung cincin pada hidung.

- Pada abad ke 18, penduduk Siberia menggunakan daun teh yang telah dimampatkan sebagai matawang. Matawang itu boleh dilihat di Muzium Sejarah Negeri di Red Square, Moscow.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial