Sabtu, 18 Julai 2009

Sayang Pak Mat Pada Isterinya

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luarbiasa iaitu beliau pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk kubur isterinya lebih dua minggu secara berterusan.

Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya. Pada suatu hari,salah seorang pemuda kampung itu bertanyakan pada Pak Mat kenapa Pak Mat sanggup berbuat demikian.

Pak Mat menjawab sebelum arwah isterinya menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah berpesan padanya, kalau hendak kahwin tunggu lah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu……

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial