Sabtu, 11 Julai 2009

Burung Di Awan

Tidak ramai yang tahu dan pernah melihat burung CENDERAWASIH, Kecuali mendengar dari mulut kemulut. Jadi tidak hairanlah kisah burung itu sekadar mitos atau lagenda. Sebenarnya burung ini memang wujud dan juga di kenali sebagai burung DEWATA.

Burung ini tidak banyak kerana habitat kehidupannya berbeza dengan unggas lain. Cenderawasih tidak boleh hidup lama di bumi kerana itu jarang orang dapat melihatnya. Burung merak "queen" paling cantik tapi cenderawasih lebih indah dan mempersona tapi saiz cenderawasih kecil(lebar 5 inci dan panjang 15 inci).

Selain keunikan warna yang terpesona bulunya juga mengeluarkan bau yang harum.1001 keistimewaan yang terdapat pada burung ini. Usia kehidupannya tidak lama antara 3 hingga 7 tahun.Sebelum burung ini menemui ajal, ia akan mencari seseorang yang istimewa untuk merawatnya sebelum mati.

Bangkai cenderawasih tidak akan reput atau hancur, sama seperti semasa hidupnya.Bau harum juga tidak akan hilang, tidak dimakan ulat, semut atau serangga lain.
Sepanjang hayat hidupnya tidak pernah makan dan minum,hanya dari hirupan udara awan.

Burung ini boleh membantu manusia yang diserang ilmu hitam, tubuhnya juga boleh dibuat minyak sapu dan juga minyak pengasih.


0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial