Selasa, 14 Julai 2009

Norman KRU dan Shireen - Kahwin Ogos Ini


Sudah menjadi resam dunia zaman sekarang, jika ada selebriti yang lambat kahwin sikit, semua mahu digelarkan gay. Dan akhirnya Norman Abdul Halim memecahkan tuduhan tidak berasas itu dengan pengumuman perkahwinannya yang akan dilangsungkan pada 7 Ogos 2009 ini bertempat di Masjid Saidina Ali, Bukit Damansara.

Gadis bertuah yang berjaya meragut hati Norman adalah Shireen Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif KRU International. Shireen telah pun berusia 44 tahun dan 7 tahun lebih tua dari Norman. Tahniah Norman dan Shirin.

SUMBER : ARTIS.COM

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial