“Tak sangka betul, perangai dia macamtu! Di depan bukan main baik. Di belakang, sanggup dia memburukkan dan mengkhianati kepercayaan aku? Aku ni kawan baik dia! Aku takkan maafkan dia sampai mati!”
Marah benar Marlia (nama samaran) dengan Zai (nama samaran). Marlia dan Zai telah berkawan rapat sejak sama-sama belajar di kolej yang sama. Setelah itu, mereka juga bekerja di tempat yang sama. Bahkan Zai diterima bekerja atas jasa Marlia yang terlebih dahulu bekerja di situ. Namun, sikap Zai yang gemar bercerita tentang soal peribadi Marlia kepada rakan-rakan lain di pejabat membuatkan Marlia marah. Dia sukar hendak memaafkan sikap rakannya itu dan mula bertindak menjauhkan diri.
Dalam kehidupan, kita tak akan dapat lari daripada rasa marah, tidak puas hati dan segala macam perasaan negatif. Jika tidak dibendung, boleh menyebabkan perasaan itu bertukar menjadi benci dan dendam! Sama seperti yang terjadi pada Marlia. Tindakan yang dilakukan oleh Zai itu memang tidak sepatutnya terjadi. Namun, adakah wajar selamanya Marlia terus menyimpan rasa marah dan tidak mahu memaafkan Zai?
Bebanan di Hati
Apabila kita ada menyimpan rasa marah, dendam dan benci terhadap seseorang, di dalam hati kita sebenarnya terkumpul satu bebanan, makin lama, makin memberat. Jiwa kita sendiri rasa gelisah dan tidak tenteram. Sikap itu akhirnya akan membuatkan kita rasa tertekan. Ternyata, tindakan untuk tidak memaafkan orang lain turut memberikan kesan terhadap diri kita sendiri. Oleh itu, belajarlah untuk memaafkan orang lain...
Allahs.w.t. berfirman maksudnya; “Terima lah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).” – Al- ‘Araaf: 7:199
Ayat tersebut antara lain menyatakan, tidak sepatutnya menjauhi saudara hanya kerana satu atau dua keburukan yang tidak dapat diterima, sementara selebihnya baik. Dalam konteks ini, satu atau dua kesalahan masih dapat dimaafkan dan kesempurnaan adalah tingkatan yang sangat susah dicapai.
Dalam ayat lain Allah berfirman: "... dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)
sedutan dari majalah MIDI(15 july2009)
Jumaat, 24 Julai 2009
Memaafkan Mampu Mendamaikan Jiwa
Label:
Panduan hidup,
Untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan