Jumaat, 1 Januari 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat tahun baru kepada pengunjung BLOG SUARAHATI. Seperti biasa bila tahun baru azam pun baru, Azam nak kerja lebih dedikasi lebih komited lebih segala galanya, gaji pun nak lebih. 2010 tahun lebih mencabar dari tahun sebelumnya. Terus kedepan jangan undur kebelakang.

Blog SUARAHATI pun tidak sekreatif dan sebagus mana berbanding blog-blog lain. Asyik copy dan paste. Insyaallah akan diperbaiki mutu dan kualitinya. Kepada pengunjung blog SH ini harap tinggalkan komen yang bernas sangat dialu-alukan.

Tahun 2009 telah berlalu meninggalkan pelbagai peristiwa suka dan duka, antaranya ekonomi dunia yang tidak setabil memberi kesan terhadap negara kita, kes-kes jenayah, kemalangan ngeri dan pelbagai lagi. Perkara baik kita tauladani yang tidak elok kita buat sempadan.

“Sumbangan setiap rakyat Malaysia adalah mustahak bagi menentukan kejayaan, tiada rakyat Malaysia yang tidak penting atau terpinggir. Kerajaan mengalu-alukan setiap bakat yang ada. Alangkah ruginya jika bakat yang terbentuk di bawah langit Malaysia diambil faedah untuk memakmurkan negara lain,” ucapan Dato Sri Najib Tun AbRazak Perdana Menteri Malaysia

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial