Selasa, 29 Disember 2009

Cuti berblog kerana kecurian kabel TM

Masalah kecurian kabel telefon semakin menjadi jadi terutama di kawasan luar bandar. Blog Suara Hati pun terkena tempias ini terpaksa bercuti tiga bulan dari bulan oktober. Kecurian ini amat menyusahkan pengguna TM selepas disambung dicuri lagi.

Banyak aduan dilaporkan di talian kerosakan TM, iaitu di talian 100 untuk laporan kerosakan. Alternatif lain pihak TM mempromosi telefon FWT(fixed wireless terminal) iaitu telefon tanpa wayar. Tapi penggunaan internet hanyalah setakat dial up 1515 sahaja.

Alternatif lain pengguna streamyx untuk melayari internet menggunakan broadband atau P1 W1MAX. Tapi hanyalah di kawasan bandar mendapat liputan 3G dan P1 W1MAX. Di pendalaman utk membuka satu laman web pun memakan masa berjam jam.

Saya meminta agar sesuatu dilakukan oleh pihak TM beserta pihak berwajib supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera, selaras dengan slogan yang dilaung-laungkan kini, 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial